Buat flyers yang menyatakan perniagaan dobi
sebanyak 100 keping.
Beli mesin basuh dan dryer dan iron yang heavy
duty, biasa jenis elektrolux. Harga mesin basuh 16 kg RM 3000, Dryer 7 kg RM
1700 dan iron RM 170. Kalau tak ada modal boleh guna kad kredit :D
Beli penimbang, buku resit, plastic besar.
Beli sabun freesia HPA, Pelembut Downy dan
Vanish untuk proses membasuh. Mckleen Starch untuk iron.
Sediakan tempat untuk menjalankan aktiviti dobi.
Untuk permulaan boleh sahaja buat di rumah.
dobi di rumah
Flyers yang dah siap tadi bolehlah diedarkan di
kawasan perumahan yang berdekatan. Mengikut pengalaman daripada 100 keping yang
diedarkan. Bolehlah mendapat 5 pelanggan tetap. Insyaallah.
Boleh mulakan perniagaan tanpa lesen dalam masa maksimum
30 hari. Sebaiknya sebelum masuk hari ke 30, pergi daftar syarikat di SSM
berdekatan dengan harga RM 60 sahaja.
Bagi orang islam yang berniaga, bolehlah mengamalkan
amalan yang bersesuaian. Jangan pula tampal gambar tutttt…… untuk melariskan perniagaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan