1.2.12

MEMULAKAN PERNIAGAAN DOBI

  • Buat flyers yang menyatakan perniagaan dobi sebanyak 100 keping.
  •  Beli mesin basuh dan dryer dan iron yang heavy duty, biasa jenis elektrolux. Harga mesin basuh 16 kg RM 3000, Dryer 7 kg RM 1700 dan iron RM 170. Kalau tak ada modal boleh guna kad kredit :D 
  • Beli penimbang, buku resit, plastic besar.
  •  Beli sabun freesia HPA, Pelembut Downy dan Vanish untuk proses membasuh. Mckleen Starch untuk iron. 
  •  Sediakan tempat untuk menjalankan aktiviti dobi. Untuk permulaan boleh sahaja buat di rumah.
dobi di rumah
  •  Flyers yang dah siap tadi bolehlah diedarkan di kawasan perumahan yang berdekatan. Mengikut pengalaman daripada 100 keping yang diedarkan. Bolehlah mendapat 5 pelanggan tetap. Insyaallah.  
  • Boleh mulakan perniagaan tanpa lesen dalam masa maksimum 30 hari. Sebaiknya sebelum masuk hari ke 30, pergi daftar syarikat di SSM berdekatan dengan harga RM 60 sahaja.
  •  Bagi orang islam yang berniaga, bolehlah mengamalkan amalan yang bersesuaian. Jangan pula tampal gambar tutttt…… untuk melariskan perniagaan.
  •  Berusaha, berdoa dan bertawakal. Insyaallah.