18.9.12

CONTOH SURAT PERMOHONAN PERTUKARAN PROGRAM PENGAJIAN

Beberapa bulan yang lepas, keputusan UPU keluar.


tetapi abg chik tak berapa suka dengan program pilihan keduanya.

Jadi, saya telefon ke Bahagian Pengurusan Akademik UKM dan mereka meminta kami menaip surat permohonan pertukaran program dan berikan kepada mereka pada hari pendaftaran.

contoh surat seperti yang berikut:




Surat di atas adalah pengalaman adik saya semasa tawaran di UKM dan sebelum mendaftar, beliau ingin tukar kursus. Walau bagaimanapun, beliau perlu mendaftar seperti kursus yang ditawarkan dan kemudian mendapat kelulusan pertukaran program pengajian.

Di Universiti tempat saya bekerja, mungkin di mana-mana universiti ada prosedur yang perlu diikuti. Mendaftarlah dahulu, dan berbincang dengan pihak pentadbiran pusat pengajian berkenaan pertukaran program pengajian.

Antara yang mempengaruhi keputusan pertukaran program adalah kekosongan, kelayakan dan minat. Sebolehnya kaji dulu program pengajian berkenaan, subjek2 yang harus diambil dan kerjaya di masa akan datang. Tidaklah suatu hari nanti menyesal jika program yang dipilih ini tidak sesuai dan mempengaruhi keputusan peperiksaan.

Belajar dan dapatkan ilmu bukan untuk dapatkan pointer yang baik, tetapi kumpul semua ilmu itu dan belajarlah bersungguh-sungguh untuk kamu gunakan di masa hadapan.

tqvm.