13.5.12

Arau-Alor Setar-Arau

 
13 Mei 2012,
Ianya adalah hari Ahad yang biasa bagi orang lain. Tetapi luar biasa bagi kami kerana kali pertama ke Alor Setar dengan menaiki keretapi. Jumlah pergi balik dua beradik RM 10.40.

Walau sehebat mana pun anda dalam karier jika dibandingkan dengan saya, anda pasti tidak mampu mengatasi pengalaman saya yang berharga ini. Huhu... jgn jeles.


Abg Chik dah tak sabar menaiki keretapi Hadyai - Butterworth

Kami sampai di Alor Setar tak sampai sejam perjalanan. Banyak gambar yang dirakamkan tetapi dek kerana masih kekok menggunakan Samsung Galaxy yang baru, terpaksa buat berulang kali untuk upload. Akhirnya upload gambar yang ini sahajalah....

Sampai di Alor Setar, tidak ada satu teksi pun. Kami ibarat pelancong. Berjalan kaki lebih baik sambil menikmati keindahan alam di tempat baru.
(Pacific ada sales untuk ahli)

Akhirnya, kami kembali ke stesen keretapi Alor Setar pada jam 4.30 petang. Sambil menunggu keretapi Butterworth-Hadyai pukul 5.30 petang. Pekena Teh tarik secawan. Suasana di stesen keretapi ini seperti berada di zaman dulu-dulu.

 (Muka ceria dengan kulit muka yang lebih sihat)

Sebenarnya, saya cuma nak ke klinik kulit Dr Venkat. Konon nak buat laser skin untuk cantikkan muka. Tapi, doktor kata saya berjerawat kerana stress je. Doktor bagi ubat makan dan pencuci muka baru. Oklah....

Aktiviti yang sangat indah.....

Marilah kita enjoy naik keretapi ye. Seronok, keluar duit sikit je.....

Tiada ulasan: