16. 05.2012
Saya telah pun berusia 32 tahun beberapa hari yang lalu. Saya ada terfikir, apakah kejayaan yang saya ada jika dibandingkan dengan orang lain yang berjaya. Rasanya tak ada.Tetapi bila saya fikirkan apa yang Allah berikan pada saya jika dibandingkan dengan orang lain yang telah berjaya. Saya boleh senaraikan.
Apa yang Allah SWT berikan kepada saya:
1. Ibu bapa
2. Adik beradik.
3. Suami dan anak-anak yang baik dan sihat.
4.Rumah yang besar dan cantik.
5. Kenderaan yang baik.
6. Jiran yang baik.
7. Pekerjaan yang baik.
8. Kesihatan yang baik.
9. Masa lapang.
10. Paling seronok dapat pergi ke Masjid Terapung 2 kali seminggu. (Sambil menunggu suami di Jeti Kuala Perlis). Anda boleh?
ok ada banyak lagi, nnt list semua orang kata berlagak pula. Tetapi maksud saya jika anda ada rasa kekurangan dalam diri, cuba senaraikan apa yang anda dapat daripada Allah SWT. Dan bersyukurlah atas nikmat yang anda peroleh di dunia sekarang. Apa yang ada di tangan setiap insan berbeza kerana keperluannya.
Janganlah kita menghina orang yang kekurangan,
siapa tahu solat dia di terima.
Jangan kita terlalu mengagungkan orang,
siapa tahu dialah punca kita tak ke syurga.
Dulu saya pernah bertanya kepada rakan-rakan sepejabat kenapa kalau kita kejar akhirat, kita akan dapat dunia dan akhirat. Tak siapa pun boleh jelaskan sehingga seorang rakan FB memuatnaik gambaran seperti yang saya lukiskan ini.
Garisan penamat yang terakhir adalah akhirat. Jika anda kejar dunia. Anda akan dapat dunia. Tetapi jika anda kejar akhirat, anda akan dapat kedua-duanya.
Ubat-ubatan ini bukan kerana saya sakit, tetapi saya mahu sihat..... supaya saya kuat berlari menuju ke garisan akhirat. Insyaallah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan