28.5.12

Segalanya bermula dari sini

Malam tadi abg chik sudah boleh akses keputusan peperiksaan matrikulasi. Tetapi hari ini adalah official untuk keputusannya itu. Jadi takde lah rasa teruja macam malam tadi sampai penuh perut meraikan kejayaan abg chik dengan memaksa makan makanan barat sampai nak termuntah-muntah.

Anyway, tahniah kepada abg chik kerana budak sains (konon nak jadi jurutera) tetapi telah tersalah memilih kos pengajian, boleh skor juga walau selalu berasa risau kepada sesuatu yang baru. Pada saya bukan tersalah tetapi inilah ketentuan yang Allah SWT rencanakan untuk abg chik.

Saya bukanlah insan yang boleh dibangga-banggakan kerana tak ada apa pun yang excellent di tempat kerja huhu..... Tetapi saya boleh berbangga kerana sebahagian gaji saya diperuntukan untuk membiayai kos sara hidupnya selama satu tahun dan investment saya tidaklah sia-sia. Tak perlu bayar balik. Ini pinjaman boleh ubah hehehe...

Keberkatan rezeki yang saya peroleh dengan bekerja di UniMAP. Walau gaji saya sikit dan selalu saya rasa malas, tetapi alhamdulillah boleh menampung beberapa kos yang lain. Walau dirasakan perit tetapi perit itu tidak setanding kenikmatan yang saya ada. Beryukur walau sedikit dirasa bersama, walau banyak diratah bersama juga.

Walau masih muda, kita tetap perlu ada perancangan di masa hadapan. Semoga perjalanan abg chik ke London Business School nnt dipermudahkan.

Insyaallah. Nampaknya saya tak boleh le beli Mitsubishi Lancer lagi huargggg................


boleh layari blognya... http://hazmantheactuarist.blogspot.com

Tiada ulasan: