15.5.12

masa untuk menjadi sihat...

16. 05.2012

Saya telah pun berusia 32 tahun beberapa hari yang lalu. Saya ada terfikir, apakah kejayaan yang saya ada jika dibandingkan dengan orang lain yang berjaya. Rasanya tak ada.Tetapi bila saya fikirkan apa yang Allah berikan pada saya jika dibandingkan dengan orang lain yang telah berjaya. Saya boleh senaraikan. 

Apa yang Allah SWT berikan kepada saya:
1. Ibu bapa
2. Adik beradik.
3. Suami dan anak-anak yang baik dan sihat.
4.Rumah yang besar dan cantik.
5. Kenderaan yang baik.
6. Jiran yang baik.
7. Pekerjaan yang baik.
8. Kesihatan yang baik.
9.  Masa lapang.
10. Paling seronok dapat pergi ke Masjid Terapung 2 kali seminggu. (Sambil menunggu suami di Jeti Kuala Perlis). Anda boleh? 

ok ada banyak lagi, nnt list semua orang kata berlagak pula. Tetapi maksud saya jika anda ada rasa kekurangan dalam diri, cuba senaraikan apa yang anda dapat daripada Allah SWT. Dan bersyukurlah atas nikmat yang anda peroleh di dunia sekarang. Apa yang ada di tangan setiap insan berbeza kerana keperluannya. 

Janganlah kita menghina orang yang kekurangan, 
siapa tahu solat dia di terima. 
Jangan kita terlalu mengagungkan orang, 
siapa tahu dialah punca kita tak ke syurga.


 Dulu saya pernah bertanya kepada rakan-rakan sepejabat kenapa kalau kita kejar akhirat, kita akan dapat dunia dan akhirat. Tak siapa pun boleh jelaskan sehingga seorang rakan FB memuatnaik gambaran seperti yang saya lukiskan ini.

Garisan penamat yang terakhir adalah akhirat. Jika anda kejar dunia. Anda akan dapat dunia. Tetapi jika anda kejar akhirat, anda akan dapat kedua-duanya.

 

Ubat-ubatan ini bukan kerana saya sakit, tetapi saya mahu sihat..... supaya saya kuat berlari menuju ke garisan akhirat. Insyaallah

Tahniah kepada rakan sepejabat

15 Mei 2012
Bersama Farah

Bersama rakan-rakan yang lain meraikan sahabat yang naik satu lagi tangga.

Kawan-kawan lain tak perlu jeles... hehehehe. 

Ilmu yang kita peroleh tak semestinya yang diiktiraf. Tapi biarlah ilmu yang kita peroleh membawa kita kepada kejayaan di dunia dan akhirat. Insyaallah.

(saya sgt cemburu dengan Kak Su boleh baca Al-Quran dengan baik)

14.5.12

selamat hari ulang tahun kelahiran

14 Mei 2012 (Isnin)

Petang yang suram.... menjadi ceria. Terima kasih rakan-rakan sepejabat yang meraikan hari ulang tahun kelahiran kami. Sebenarnya, umur kita semakin pendek. Makin dekat kita menghampiri kehidupan yang kekal abadi.
Bersediakan kita? 

Kek keju yang enak rasanya.

Ye.... yang muda didahulukan.

Yang tua dikemudiankan.

Lokasi pengambaran: Bilik sekretariat InCaMs 2012.

Layari: InCaMs 2012

13.5.12

Arau-Alor Setar-Arau

 
13 Mei 2012,
Ianya adalah hari Ahad yang biasa bagi orang lain. Tetapi luar biasa bagi kami kerana kali pertama ke Alor Setar dengan menaiki keretapi. Jumlah pergi balik dua beradik RM 10.40.

Walau sehebat mana pun anda dalam karier jika dibandingkan dengan saya, anda pasti tidak mampu mengatasi pengalaman saya yang berharga ini. Huhu... jgn jeles.


Abg Chik dah tak sabar menaiki keretapi Hadyai - Butterworth

Kami sampai di Alor Setar tak sampai sejam perjalanan. Banyak gambar yang dirakamkan tetapi dek kerana masih kekok menggunakan Samsung Galaxy yang baru, terpaksa buat berulang kali untuk upload. Akhirnya upload gambar yang ini sahajalah....

Sampai di Alor Setar, tidak ada satu teksi pun. Kami ibarat pelancong. Berjalan kaki lebih baik sambil menikmati keindahan alam di tempat baru.
(Pacific ada sales untuk ahli)

Akhirnya, kami kembali ke stesen keretapi Alor Setar pada jam 4.30 petang. Sambil menunggu keretapi Butterworth-Hadyai pukul 5.30 petang. Pekena Teh tarik secawan. Suasana di stesen keretapi ini seperti berada di zaman dulu-dulu.

 (Muka ceria dengan kulit muka yang lebih sihat)

Sebenarnya, saya cuma nak ke klinik kulit Dr Venkat. Konon nak buat laser skin untuk cantikkan muka. Tapi, doktor kata saya berjerawat kerana stress je. Doktor bagi ubat makan dan pencuci muka baru. Oklah....

Aktiviti yang sangat indah.....

Marilah kita enjoy naik keretapi ye. Seronok, keluar duit sikit je.....

10.5.12

happy birthday to me n hannah

10 mei 2012
hannah sudah berusia 4 tahun.
sayang hannah. hannah lahir pada harijadi bonda yang ke-28.

6.5.12

Hadiah paling bermakna buat hannah


Di rumah, benda yang paling sukar ditemui adalah sabun mandi jenis liquid. Bukan tak ada duit nak beli tetapi kalau beli botol kecik mesti 2-3 hari sudah habis. Mesti ada seseorang yang pernah tak mandi seharian, mesti kita boleh nampak dia mandi 2-3 kali sehari.

Setelah sekian lama tak guna sabun mandi liquid, tiba-tiba tergerak hati nak beli jenama Drypers. Hadiah untuk Hannah sebab dah tak tahu nak beli apa.


“Hannah nak mandi guna sabun ni ye…..?” Saya beritahu kepada Hannah. Dengan wajahnya yang ceria. Hannah berkata. “Wah… bonda beli sabun baru. Baiknya bonda. Sayang bonda” Kata Hannah sambil memeluk saya. Lepas tu dia mandi sendiri dan saya pergi dari situ.

Tiba-tiba dari jauh Hannah menjerit.

 “Bonda….. bonda beli sabun pampers ke?”

Saya pun ha….. ??!!!!!

Dia punya minded, Dypers itu adalah pampers. Sedangkan Drypers itu adalah jenama.

1.2.12

MEMULAKAN PERNIAGAAN DOBI

  • Buat flyers yang menyatakan perniagaan dobi sebanyak 100 keping.
  •  Beli mesin basuh dan dryer dan iron yang heavy duty, biasa jenis elektrolux. Harga mesin basuh 16 kg RM 3000, Dryer 7 kg RM 1700 dan iron RM 170. Kalau tak ada modal boleh guna kad kredit :D 
  • Beli penimbang, buku resit, plastic besar.
  •  Beli sabun freesia HPA, Pelembut Downy dan Vanish untuk proses membasuh. Mckleen Starch untuk iron. 
  •  Sediakan tempat untuk menjalankan aktiviti dobi. Untuk permulaan boleh sahaja buat di rumah.
dobi di rumah
  •  Flyers yang dah siap tadi bolehlah diedarkan di kawasan perumahan yang berdekatan. Mengikut pengalaman daripada 100 keping yang diedarkan. Bolehlah mendapat 5 pelanggan tetap. Insyaallah.  
  • Boleh mulakan perniagaan tanpa lesen dalam masa maksimum 30 hari. Sebaiknya sebelum masuk hari ke 30, pergi daftar syarikat di SSM berdekatan dengan harga RM 60 sahaja.
  •  Bagi orang islam yang berniaga, bolehlah mengamalkan amalan yang bersesuaian. Jangan pula tampal gambar tutttt…… untuk melariskan perniagaan.
  •  Berusaha, berdoa dan bertawakal. Insyaallah.

21.11.11

SENARAI HARGA PERKHIDMATAN DOBI

* Perkhidmatan pengambilan dan penghantaran akan dicaj RM0.50/ km mulai 1 Mac 2012.


KHIDMAT CUCIAN
  • Pakaian- RM2.00/KG
  • Cadar- RM 3.00/KG
  • Langsir- RM 3.00/KG
  • Skirting -RM3.00/KG
  • Sarung Kusyen- RM 3.00/KG
  • Toto- RM 3.00/KG
  • Comforter - RM 3.00
  •  Alas Kaki- RM 3.00/KG
  • Tuala- RM 3.00/KG
  KHIDMAT MENGGOSOK
  • KEMEJA LELAKI = RM 0.80
  • KEMEJA SUTERA LENGAN PANJANG = RM 2.00
  • BAJU KURUNG BIASA = RM 1.50
  • BAJU KURUNG SUTERA = RM 2.50
  • JUBAH WANITA/LELAKI = RM 2.00
  • SELUAR KERJA LELAKI = RM 0.80
  • BAJU SEKOLAH LELAKI/ PEREMPUAN = RM1.00/ SET
LAIN-LAIN SERVIS

  • Keringkan pakaian sahaja- RM 1.20/kg
  • Keringkan dan Lipat - RM 1.70/kg
  • Lipat sahaja- RM 0.80/kg
* Servis Ekspress akan dikenakan 50% Surcaj bagi perkhidmatan (Servis 8 Jam)