8.6.12

my empty life....

sejak tiga hari yg lalu, beginilah keadaan di rumah saya.....

tetapi hati sy kosong tanpa mereka....

miss them so much.



5.6.12

Great job for the great people

I just got an email.... feel free to read. TQ

----------------------> Come one come all Nuffnangers!

Have you ever thought about what it’s like to work with the top bloggers in the nation? Are you always psyched about attending media launches, concerts, movie screenings and the likes? What about working among some of the friendliest teams in the advertising industry? If you’re looking for a job that lets you discover the fun side of digital media without compromising on career growth, then WE HAVE GOT EXACTLY WHAT YOU WANT!



Responsibilities:

The Netccentric group is looking for a Community/Talent Executive to help grow and manage our blog/social media community. This person should have amazing people skills, along with strong verbal and written communication skills. Talent management experiences are a plus, but not required. Candidate must be highly organized, and be able to keep deadlines and schedules. This person must also be a strong multi-tasker who is detail oriented and has great follow through. We are especially seeking for a personable and focused individual who has the ability to work in a fast paced office.

Requirements:
  • Candidates must possess at least a "A" Level/Pre-U, Diploma, Advanced/Higher/Graduate Diploma, Bachelor's Degree, Post Graduate Diploma, Professional Degree in any field   
  • Fresh graduates are welcome to apply
  • Must be between the age of 22 - 28 years old
  • Must be able to write and converse fluently in English
  • Articulate, with good communication and presentation skills
  • Self-motivated, target driven and able to work independently
  • Must possess some knowledge of social media
  • Good team player with a proactive attitude
  • Dynamic, bubbly and have passion for the media industry
  • Must be willing to work after standard working hours and on weekends when occasional events/ activities are being held
  • Application only open to citizens or PR holders
  • Must be willing to be based in Kuala Lumpur
  • Email CV (with photo) to mycareer@netccentric.com with the subject : Community/Talent Executive
  • Closing date for applicants: 15th June 2012

So hustle up Nuffnangers, sharpen those CVs and join us now!

Cheers,

Darren Low
Community Executive
Nuffnang Sdn Bhd

jika ada duit lebih.....

sy beli gold masa ada duit hari tu....

dan sesiapa yg rasa ada duit lebih dan tak tahu nak buat apa, baik awak tukarkan kepada gold seperti ini.


saya juga boleh bantu anda untuk mendapatkannya. boleh emel sy allyadania@yahoo.com


4.6.12

is success measureable?

ye.... saya suka tgk iklan diri sendiri ttg kejayaan mereka. seperti di bawah ini.



saya telah berjaya. anda bila lagi? dengan gaji lima angka, saya mampu memiliki kediaman mewah atas bukit dan sebiji kereta.....

ayen: kak, knp amik gambar kereta separuh bontot nih?!!!
kakak: apsal tak ckp.........

28.5.12

Segalanya bermula dari sini

Malam tadi abg chik sudah boleh akses keputusan peperiksaan matrikulasi. Tetapi hari ini adalah official untuk keputusannya itu. Jadi takde lah rasa teruja macam malam tadi sampai penuh perut meraikan kejayaan abg chik dengan memaksa makan makanan barat sampai nak termuntah-muntah.

Anyway, tahniah kepada abg chik kerana budak sains (konon nak jadi jurutera) tetapi telah tersalah memilih kos pengajian, boleh skor juga walau selalu berasa risau kepada sesuatu yang baru. Pada saya bukan tersalah tetapi inilah ketentuan yang Allah SWT rencanakan untuk abg chik.

Saya bukanlah insan yang boleh dibangga-banggakan kerana tak ada apa pun yang excellent di tempat kerja huhu..... Tetapi saya boleh berbangga kerana sebahagian gaji saya diperuntukan untuk membiayai kos sara hidupnya selama satu tahun dan investment saya tidaklah sia-sia. Tak perlu bayar balik. Ini pinjaman boleh ubah hehehe...

Keberkatan rezeki yang saya peroleh dengan bekerja di UniMAP. Walau gaji saya sikit dan selalu saya rasa malas, tetapi alhamdulillah boleh menampung beberapa kos yang lain. Walau dirasakan perit tetapi perit itu tidak setanding kenikmatan yang saya ada. Beryukur walau sedikit dirasa bersama, walau banyak diratah bersama juga.

Walau masih muda, kita tetap perlu ada perancangan di masa hadapan. Semoga perjalanan abg chik ke London Business School nnt dipermudahkan.

Insyaallah. Nampaknya saya tak boleh le beli Mitsubishi Lancer lagi huargggg................


boleh layari blognya... http://hazmantheactuarist.blogspot.com

21.5.12

mssm closing ceremony

Saya tak suka dengan orang yang telalu memuji sedangkan insan yang dipuji tu biasa je.Takkan nak memuji diri sendiri kan. Tapi, kena pujilah aktiviti ini juga diwarisi oleh adik beradik yang lain. Teringat masa dulu buat show di Dataran Merdeka. Sekarang di Perlis. Ramainyerrrrrr....

Para hadirin yang mengalahkan perlawanan bola sepak. Terpaksa berdiri dekat PA system. huhu.
Muka exhausted giler... tetapi harus hadir memberi semangat kepada adik-adik yang buat show malam tadi.
Menari ramai-ramai.
Tarian glow in the dark oleh pelajar sekolah rendah negeri perlis. Cute sangat, pakai baju hujan.
Cubaan memecah rekod ketuk ??? saya tak ingat. Rupa mcm gendang je.
acara akhir percikan bunga api jam 11.30 malam.

mid valley to pediatric institut kl

First time naik tren dulu pakai baju sekolah gi klcc dengan kawan-kawan sekolah. masa tu percuma. klcc pun separuh siap.
inilah masanya untuk memperagakan baju pasar malam kat stadium kangar. ahahah.... siap tahu?!
ini tren komuter ke mid valley. saya tercari-cari coach untuk wanita. Rupanya yang saya duduk tu coach wanita le.
haha, ayen buat bodoh je. Dia sorang je lelaki dalam coach wanita. Hentam je lah... nak hidup pedulikan apa orang kata.
Terima kasih Tuan bagi saya lepak kat kaunter butik ni sambil melayari internet. Haha penat giler teman ayen pilih baju.

Sorry lambat introduce, my new baby girl. Nur Zahra Sofea.

15.5.12

masa untuk menjadi sihat...

16. 05.2012

Saya telah pun berusia 32 tahun beberapa hari yang lalu. Saya ada terfikir, apakah kejayaan yang saya ada jika dibandingkan dengan orang lain yang berjaya. Rasanya tak ada.Tetapi bila saya fikirkan apa yang Allah berikan pada saya jika dibandingkan dengan orang lain yang telah berjaya. Saya boleh senaraikan. 

Apa yang Allah SWT berikan kepada saya:
1. Ibu bapa
2. Adik beradik.
3. Suami dan anak-anak yang baik dan sihat.
4.Rumah yang besar dan cantik.
5. Kenderaan yang baik.
6. Jiran yang baik.
7. Pekerjaan yang baik.
8. Kesihatan yang baik.
9.  Masa lapang.
10. Paling seronok dapat pergi ke Masjid Terapung 2 kali seminggu. (Sambil menunggu suami di Jeti Kuala Perlis). Anda boleh? 

ok ada banyak lagi, nnt list semua orang kata berlagak pula. Tetapi maksud saya jika anda ada rasa kekurangan dalam diri, cuba senaraikan apa yang anda dapat daripada Allah SWT. Dan bersyukurlah atas nikmat yang anda peroleh di dunia sekarang. Apa yang ada di tangan setiap insan berbeza kerana keperluannya. 

Janganlah kita menghina orang yang kekurangan, 
siapa tahu solat dia di terima. 
Jangan kita terlalu mengagungkan orang, 
siapa tahu dialah punca kita tak ke syurga.


 Dulu saya pernah bertanya kepada rakan-rakan sepejabat kenapa kalau kita kejar akhirat, kita akan dapat dunia dan akhirat. Tak siapa pun boleh jelaskan sehingga seorang rakan FB memuatnaik gambaran seperti yang saya lukiskan ini.

Garisan penamat yang terakhir adalah akhirat. Jika anda kejar dunia. Anda akan dapat dunia. Tetapi jika anda kejar akhirat, anda akan dapat kedua-duanya.

 

Ubat-ubatan ini bukan kerana saya sakit, tetapi saya mahu sihat..... supaya saya kuat berlari menuju ke garisan akhirat. Insyaallah